Selasa, 15 Mac 2011

latarbelakang

  Daerah Kubang Pasu merupakan salah sebuah Daerah yang terdapat di Negeri Kedah selain dari Daerah Kota Star, Sungai Petani dan lain-lain. Dearah ini juga merupakan Dearah yang ke tiga terbesar di Negeri Kedah. Dearah Kubang Pasu mempunyai keluasan lebih kurang 94,596 hektar yang terbahagi kepada 2 kawasan Parlimen dan 4 kawasan Dewan Undangan Negeri dan Daerah Kubang Pasu di bawah Dewan Undangan Negeri Jitra dan terdapat sebanyak 18 mukim serta mempunyai 71 Kariah. Dianggarkan Daerah Kubang Pasu mempunyai kepadatan penduduk seramai 186,265 orang.  Sebanyak 89,709 adalah lelaki dan perempuan sebanyak 96,557 orang. Bagi yang beragama Islam mempunyai peratusan sebanyak 80% dan lain-lain Agama sebanyak 20%.




          Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu telah mengorak langkah dengan pencapaian kemajuan sejajar dengan perkembangan masa kini dengan tertubuhnya bangunan  sendiri Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di tanah Lot 791, Mukim Jitra, Jalan Changlun yang bernilai lebih kurang RM679,000.00. Sebelum ini Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu terletak di tapak Bangunan Jabatan Kerja Raya Kubang Pasu di mana Pejabat dan Rumah Kadi Dearah adalah di dalam satu bangunan yang sama. Seterusnya dipindahkan ke Kompleks Pejaba-Pejabat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Pada tanggal 24 Ogos 1991 berpindah ke tanah Lot 791, Mukin Jitra Jalan Changlun sehinggalah sekarang.